Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Monday, December 29, 2008

Alhamdulillah...Pertunangan =)



Salam,

Awal Muharram 1430 H. Alhamdulillah segala-galanya telah berjalan dengan lancar sungguh pun ada kekurangan di sana sini. Perjalanan majlis dan hidangan untuk tetamu pun mencukupi dan tidak terlalu berlebihan. Inilah kali pertama keluarga buat kenduri...erm, kira kenduri doa selamat untuk banyak perkara.

1. Ayah Fini insyaAllah kembali mengendalikan Bengkel Kereta Rosli (dlm proses pembinaan lagi) bulan Januari tahun depan.
2. Adik Fini, Noor Hisyam dah dapat kerja tetap..InsyaAllah. Setelah hampir 2 tahun kontrak di Pejabat Daerah Bentong, tapi kali ni Syam kena bertugas di Bera sebagai Pembantu Teknik (TA).
3. Adik Fini, Zulhimi pun selamat tamatkan pengajian dan sedang melanjutkan pengajian di UTHM.
4. Majlis pertunangan Fini. :)

Mmm, sebak pula rasanya nak menulis entry ni. Alhamdulillah.

Fini postkan beberapa gambar atas permintaan rakan-rakan. Ada rasa sedih, gembira, takut dan macam-macam lagi. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Segan pun ada. Permulaan fasa baru dalam kehidupan Fini menjelang 1430 H. (1 tahun 3 hari). Semoga pertunangan kita ni berkekalan hingga ke hari kita akan diijab kabulkan. InsyaAllah.

Fini kini rasa lebih yakin dengan keputusan yang Fini dah buat walaupun pada peringkat awalnya Fini tak yakin dengan keputusan Fini bukan sebab orang lain tapi dalam hati Fini. Tapi bila Fini fikir dan renungkan balik apa yang kita fikirkan baik untuk kita (apa yang kita nak) tak semestinya baik untuk kita. Allah s.w.t. telah mengatur perjalanan hidup kita..Yang Maha Mengetahui. InsyaAllah...sehingga ke hari ini, Fini minta dipermudahkan segalan urusan Fini dengan dia jika ada jodoh kami...dan alhamdulillah. Fini harap pun begitu juga sehingga harinya. Ada hikmahnya juga apa yang Fini pernah harapkan dulu...(rsnya dlm Tag 5 things rsnya yg Fini hanya wish 2 things) tak berlaku kecuali yang pergi zoo la, walau x puas :) Mungkin jodoh Fini untuk berkawan dengan Azezull ni lebih kuat. Terima kasih ye tahan dengan karenah dan macam-macam Fini.

Fini sebenarnya pun berdebar-debar nak menunggu permulaan sesi persekolahan 2009 nanti. Bermulalah satu fasa lagi dalam diari karier Fini sebagai guru. PRAKTIKUM. Doa-doakan semuanya berjalan dengan baik. Lepas je sesi Nov/Dis 2008 di IPKT, Terengganu...sibuk juga untuk persiapan pertunangan (walau tak sibuk mana sebab buat kecil-kecilan, tapi ntah la)...sekarang tibalah masa untuk Fini tumpukan dalam fasa penting ni. Fini berharap sangat Fini dapat menjalankan tanggungjawab Fini dengan lebih baik.

Oopss, dalam pada tak nak berceloteh panjang, panjang juga yang Fini bebelkan ye. :) Apa-apa je la Fini... :)


Dari kiri : 1. Sarah & maknya, Embong (makcik Fini); 2. Kak Teh Akmar, CuNie, Abg Long & Kak Su; 3. Persediaan utk kenduri, Mak, Leni, Kak Olah, Amy dan Busu; 4. Leni & Hazwan.


Wakil2 dari pihak lelaki. Rupanya Mak Cu (saudara kwn Fini, Zurida) ni sepupu dgn pihak lelaki.

Atas : Kak Ila (my jiran, ex housemate & tq make-up kan), Kak Ila's mother, my cousin Kak Olah (tq dtg awal & bnyk membantu), Fini, Nawal (ex roommate & mcm2 di UKM) & Mak.

Bersama keluarga sebelah Ayah Fini (keluarga2 Mohamad b. Abd Rahman).
Barisan adik-beradik Ayah : Fini, Mak Ngah (kakak ayah, no2), Mak Long (kakak ayah, no1), Mak & CuNie (adik Ayah, no5). (tiada dlm gmbr Ayah Teh Malek (abg ayah, no3)).

Adik-beradik Ayah (keluarga2 Mahmud b. Abd Rahman), kesemuanya tak dpt hadir. InsyaAllah, majlis nti.

Wakil dan brg hantaran pertunangan dari pihak lelaki. 7 dulang berbalas 9 dulang.

Alhamdulillah, majlis kesyukuran secara kecil-kecilan ini berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. Fini mohon maaf di atas segala kekurangan yang telah berlaku. Semoga sepanjang tempoh pertunangan ini semuanya dipermudahkan urusan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah, dlm bulan 11/12 2009 setelah pengajian KPLI-KDC Fini di IPKT tamat dalam bulan 8/9 2009.

8 comments:

ija said...

tahniah fini to you and your family..kenduri kawen naty jgn lupa jemput ye..

Ajik said...

hehe upload gak gambo... ari tue kate x mau.. hehe tahniah erk

Fauziah said...

salam. tahniah la. semoga dipanjangkn jodoh. hmmm x sabar nk tunggu fini naik pelamin lak. anak akak insyaallah pd mei 2010 nanti sempena besday mak dia... hehehe

Kasawari said...

Salam Cikgu Fini.. tahniah dari kami sekeluarga atas pertunangan Fini.. waktu itu kami di Sedili camping.. semoga pertunangan ini kekal sehingga pernikahan.. jaga diri baik2 tau.. jgn jadikan tittle tunang tu sebagai lesen untuk sellau dating.. he he.. jgn lupa jemput kami waktu majlis nanti ek..

miesha said...

Tahniah fini diatas pertunangan dengan zull. tak lama lagi nak jadi seorang isteri, siap sedia la anda ...hehehe...

~SyaFini Rosli~ said...

Salam,

~Ija~ Terima kasih. InsyaAllah, tak lupa jemput. Rumah nenek dia dekat Kg. Gementi.

~Ajik~ MakNgah upload juga la gambar atas permintaan rakan2. Lagipun, kalau upload lambat2, nti busy dgn sek..sesi persekolahan 2009 bakal bermula. :)

~Kak G~ Terima kasih kak G. Kenduri nti dtg ye satu family.

~Kasawari~ Terima kasih atas ingatan. Fini jg diri baik2 :). Takda beza la title bertunang atau tak dgn keluar dating, mmg jrang berjumpa pun, dia kerja jauh nun di Tganu. InsyaAllah tak lupa jemput Kasawari, Kak Linda & AnA.

~Miesha~ Terima kasih kak Emie, hehe, rupanya ada blog juga ek... :) Hehe, kena siap sedia ek? Ye la, kak Emie serba lengkap, pandai menjahit, memasak...malu pula Fini serba tak reti ni. Hehe.

Cikgu ILi said...

Fini...congratsss...mesti tak sabar nak abis maktab jugak kan?korang pun abis bulan 8 jgak ek..pelik ye nape maktab sg petani & jitra abis bulan 5.bulan 5 nanti diorg kata last diorg masuk.

Kasawari said...

pahang ngan ganu tak jauh tu.. he he..

selamat kembali ke sekolah.. he he

p/s; kasawari pun selalu gak dating waktu bertunang dulu.. senai dan kulai.. dekat2 jer.. he he